Laman Utama / Cara Berwakaf


 

"ANDA DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI PROSPEKTUS INI SEBELUM MEMBUAT LANGGANAN ANDA."


SYARAT-SYARAT MEWAKAF

  1. Warganegara Malaysia yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh langganan anda dengan alamat di Malaysia
  2. Perbadanan/institusi yang diperbadankan di Malaysia di mana terdapat majoriti warganegara Malaysia pada lembaga pengarah/pemegang amanah anda dan sekiranya anda mempunyai modalsaham, lebih separuh daripada modal saham anda yang diterbitkan, tidak termasukmodal sahamkeutamaan, dipegang oleh warganegara Malaysia
  3. Dana persaraan, koperasi, yayasan, kumpulan wang simpanan pekerja atau pencen yang ditubuhkan atau dikendalikan di Malaysia.

LANGGANAN MINIMA WAQAF SAHAM *Sekurang-kurangnya RM100 dengan gandaan RM10.

I. Langganan Waqaf saham Melalui Talian Bagi Pemegang Akaun Maybank

  1. Layari www.maybank2u.com.my
  2. Log masuk ke www.maybank2u.com.my dengan memasukkan pengenalan pengguna dan PIN/kata laluan anda;
  3. Layari ke seksyen laman web mengenai "Pelaburan";
  4. Pilih "Waqaf" untuk melanggan saham;
  5. Pilih pautan hiper yang terletak pada skrin untuk menerima terma dan syarat, setelah membaca dan memahami terma dan syarat tersebut;
  6. Setelah memilih pautan hiper yang terletak pada skrin, anda perlu mengesahkan dan mengaku janji bahawa wajib yang berikut adalah betul dan benar;
  7. Pada skrin berikutnya, lengkapkan borang langganan dalam talian.
  8. Sila ambil perhatian bahawa langganan yang dimasukkan kurang daripada RM100 dan kurang daripada gandaan RM10 dan/atau dalam sen akan dianggap sebagai langganan ganjil manakala apa-apa jumlah langganan yang melebihi perolehan yang disasarkan sebanyak RM85,000,000 akan dianggap sebagai lebihan langganan. Kesemua jumlah langganan lebihan dan ganjil TIDAK akan dipulangkan kepada anda dan akan disalurkan kepada Klinik Waqaf An-Nur untuk tujuan kerja amal masing-masing.
  9. Periksa agar maklumat yang terkandung dalam borang langganan dalam talian, seperti, bilangan Saham Terbitan yang dilanggan, bangsa, nombor akaun untuk di debit adalah betul, dan pilih pautan hiper yang diletakkan pada skrin untuk pengesahan;
  10. Sebelum penyerahan Langganan Saham Internet, anda dikehendaki memohon nombor TAC untuk membuat pembayaran dalam talian bagi Tawaran;
  11. Anda mestilah membuat pembayaran bagi Saham Terbitan melalui laman web Malayan Banking Berhad, jikalau tidak Langganan Saham Internet akan dianggap tidak lengkap, di sebalik paparan pada Skrin Pengesahan. “Skrin Pengesahan” merujuk kepada skrin yang kelihatan atau dipaparkan pada laman web Malayan Banking Berhad, yang mengesahkan bahawa Langganan Saham Internettelah dilengkapkan danmenyatakan butir-butir mengenai Langganan Saham Internet anda, termasuk bilangan Saham Terbitan yang dilanggan, yang boleh dicetak oleh anda bagi rekod-rekod anda;
  12. Sebaik sahaja transaksi dilengkapkan, pesanan daripada Malayan Banking Berhad mengenai status bayaran akan dipaparkan pada skrin laman web melalui mana bayaran dalam talian bagi Saham Terbitan yang dibuat. Selepas itu, Malayan Banking Berhadakan mengesahkan bahawa Langganan Saham Internet telah dilengkapkan, melalui Skrin Pengesahan pada laman webnya.
  13. Anda adalah dinasihatkan untuk mencetak Skrin Pengesahan untuk rujukan dan rekod anda.

II. Langganan Waqaf Saham bagi Pemegang Akaun Selain Maybank.

    JomPAY

    Perbankan internet:

    1. Hubungkan ke portal dalam talian institusi kewangan di mana anda mempunyai kemudahan perbankan internet;
    2. Log masuk ke akaun dalam talian dengan memasukkan pengenalan pengguna dan PIN/kata laluan anda;
    3. Layari ke seksyen laman web berhubung dengan JomPAY;
    4. Lengkapkan butiran sebagaimana dikehendaki di skrin;
    5. Kod bil waqaf adalah "50195";
    6. Masukkan nombor rujukan 1 - nombor KP;
    7. Masukkan nombor rujukan 2 - nombor telefon;
    8. Sebaik sahaja pengesahan butir-butir di skrin, anda akan diberikan slip transaksi janaan komputer ("Rekod Transaksi") yang mengesahkan butir-butir langganan anda. Rekod Transaksi hanyalah satu rekod transaksi yang lengkap dan bukan rekod penerimaan langganan oleh Syarikat kami atau Rumah Terbitan.

    Mesin Pengeluar Wang Automatik ("ATM")

    1. Log masuk ke akaun ATM menggunakan kad ATM dengan memasukkan nombor pin/kata laluan anda;
    2. Layari ke seksyen sistem ATM berhubung dengan JomPAY;
    3. Lengkapkan butiran sebagaimana dikehendaki di skrin;
    4. Kod bil waqaf adalah "50195"
    5. Masukkan nombor rujukan 1 - nombor KP;
    6. Masukkan nombor rujukan 2 - nombor telefon;
    7. Sebaik sahaja pengesahan butir-butir di skrin, anda akan diberikan slip transaksi janaan komputer ("Rekod Transaksi") yang mengesahkan butir-butir langganan anda. Rekod Transaksi hanyalah satu rekod transaksi yang lengkap dan bukan rekod penerimaan langganan oleh Syarikat kami atau Rumah Terbitan.
    8. Kemukakan Borang Langganan serta bukti pembayaran menggunakan salah satu (1) daripada cara-cara berikut:
      • Dihantar melalui POS BIASA dalam sampul rasmi yang disediakan ke alamat berikut:
        • Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (258345-X)
          Aras 6, Symphony House,
          Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46
          47301 Petaling Jaya,
          Selangor Darul Ehsan.
          ATAU
          Peti Surat 8269,
          Pejabat PosKelana Jaya,
          46785 Petaling Jaya,
          Selangor Darul Ehsan.

      • Hantar sendiri dan dimasukkan kedalam kotak yang disediakan di:
        • Symphony House,
          Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46
          47301 Petaling Jaya,
          Selangor Darul Ehsan.

III. Lain-Lain Cara Langganan Waqaf Saham

  1. Lengkapkan borang langganan;
  2. Sediakan bentuk bayaran yang sesuai;
  3. Bank deraf atau perintah juruwang yang dibeli dalam Malaysia sahaja;
  4. Kiriman wang atau wang pos, Pos Malaysia
  5. Deposit tunai melalui Mesin Pendeposit Tunai (CDM) Malayan Banking Berhad SAHAJA menggunakan langkah-langkah berikut:
    • Pada skrin utama, pilih “bayaran tunai”;
    • Pada skrin kedua, pilih “lain-lain bayaran”;
    • Pada skrin ketiga, masukkan nombor kod Waqaf “053”;
    • Pada skrin keempat, pilih "WQLARKIN";
    • Pada skrin kelima, masukkan nombor KP anda;
    • Pada skrin keenam, masukkan nombor telefon anda; dan
    • Sebaik sahaja pengesahan butir-butir di skrin, anda akan diberikan slip transaksi janaan komputer (“Rekod Transaksi”),mengesahkan butir-butir langganan anda. Rekod Transaksi hanyalah satu rekod transaksi yang lengkap dan bukan rekod penerimaan langganan oleh Syarikat kami atau Rumah Terbitan,
  6. Bayaran hendaklah dibuat atas nama “MIH Waqaf Account Number 1” dan dipalang "AKAUN PENERIMA SAHAJA" (tidak termasuk slip transaksi CDM dan JomPAY) dan disahkan dibahagian belakang dengan nama dan alamat anda.
  7. Muktamadkan langganan
    • Masukkan Borang Langganan bersama dengan bayaran dan salinan fotostat dokumen pengenalan anda yang boleh dibaca (nomborKP/dokumenpengenalan sementara yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara/Resit Pengenalan Sementara (KPPK 09)/kad kuasa bagi anggota tentera ataukakitangan polis/sijil pemerbadanan atau sijil pertukaran nama bagi pelanggan korporat atau institusi (di mana berkenaan)) dalam sampul dan tutupkannya.
    • Anda hendaklah menulis nama dan alamat anda di bahagian luar sampul rasmi. Nama dan alamat yang ditulis mestilah sama dengan nama dan alamat anda mengikut nombor KP/dokumen pengenalan sementara anda yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara/Resit Pengenalan Sementara(KPPK09)/kad kuasa bagi anggota tentera atau kakitangan polis/sijil pemerbadanan atau sijil pertukaran nama bagi pelanggan korporat atau institusi (dimana berkenaan).
    • Lekatkan setem 80 sen pada sampul rasmi.
  8. Kemukakan Borang Langganan serta bukti pembayaran menggunakan salah satu (1) daripada cara-cara berikut:
    • Dihantar melalui POS BIASA dalam sampul rasmi yang disediakan ke alamat berikut:
      • Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (258345-X)
        Aras 6, Symphony House,
        Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46
        47301 Petaling Jaya,
        Selangor Darul Ehsan.
        ATAU
        Peti Surat 8269,
        Pejabat PosKelana Jaya,
        46785 Petaling Jaya,
        Selangor Darul Ehsan.

    • Hantar sendiri dan dimasukkan kedalam kotak yang disediakan di:
      • Symphony House,
        Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46
        47301 Petaling Jaya,
        Selangor Darul Ehsan.

IV. Langganan Waqaf Saham Melalui Potongan Gaji

Potongan Gaji untuk anggota pekerja Syarikat dalam Kumpulan JCorp, menggunakan langkah-langkah berikut:  
  1. Lengkapkan borang potongan gaji yang diperoleh daripada jabatan sumber manusia masing-masing bagi Kumpulan JCorp;
  2. Pelanggan-pelanggan boleh memilih untuk:
    • Membuat caruman bulanan minima sebanyak RM10 untuk minima 10 bulan dan maksima 11 bulan; atau
    • Membuat caruman sekali sahaja sekurang-kurangnya RM100 dan gandaan RM10 selepas itu.

Potongan gaji melalui Angkasa menggunakan langkah-langkah berikut: 
  1. Lengkapkan borang "Potongan Gaji melalui Angkasa" yang diperoleh daripada WANCorp;
  2. Pelanggan-pelanggan boleh memilih untuk:
    • Membuat caruman bulanan minima sebanyak RM10 untuk minima 10 bulan dan maksima 11 bulan; atau
    • Membuat caruman sekali sahaja sekurang-kurangnya RM100 dan gandaan RM10 selepas itu.
  3. Borang Langganan dan Potongan Gaji melalui Angkasa perlu di kemukakan menggunakan salah satu (1) daripada cara-cara berikut:
    • Dihantar melalui POS BIASA dalam sampul rasmi yang disediakan ke alamat berikut:
      • Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (258345-X)
        Aras 6, Symphony House,
        Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46
        47301 Petaling Jaya,
        Selangor Darul Ehsan.
        ATAU
        Peti Surat 8269,
        Pejabat PosKelana Jaya,
        46785 Petaling Jaya,
        Selangor Darul Ehsan.

    • Hantar sendiri dan dimasukkan kedalam kotak yang disediakan di:
      • Symphony House,
        Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46
        47301 Petaling Jaya,
        Selangor Darul Ehsan.
    • Hantar Sendiri kepada WANCorp ketika menghadiri siri jelajah yang diadakan oleh WANCorp berkenaan waqaf saham Larkin Sentral.