Laman Utama / Profil Korporat Larkin Sentral


Larkin Sentral Property Berhad (Larkin Sentral) telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada 20 Julai 1995 dibawah nama Warisan Rampai Sdn Bhd. Pada 16 Oktober 1995, kami menukar nama kami kepada TPM Management Sdn Bhd dan kemudiannya pada 1 Ogos 2013, kami menukar nama kami kepada Larkin Sentral Property Sdn Bhd. Kami telah bertukar kepada syarikat awam pada 26 April 2016.

Pada 19 Disember 2007, kami mengambil alih Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral daripada JCorp bagi balasan pembelian sebanyak RM112 juta. Pada 3 Februari 2017, WANCorp telah menyelesaikan pengambilalihan semua Saham Larkin Sentral Property yang dipegang oleh JCorp dan Total Project Management Sdn Bhd di mana WANCorp menjadi pemegang saham tunggal di Syarikat kami.