Laman Utama / Objektif


Penawaran kami dianggap wakaf awam. Oleh yang demikian, orang bukan Islam boleh mengambil bahagian dalam Penawaran kami dan orang bukan Islam yang melanggani Larkin Sentral boleh mendapat manfaat daripada perolehan yang diperoleh daripada Penawaran kami, yang terutamanya akan digunakan untuk membiayai kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih Larkin Sentral serta pembelian dan pembangunan Tanah.


Objektif Penawaran kami adalah seperti berikut:

  • Memberi kesedaran mengenai konsep wakaf;
  • Menghasilkan perolehan terutamanya untuk menaik taraf dan membaik pulih Larkin Sentral serta pembelian dan pembangunan Tanah sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 4.6 Prospektus ini untuk manfaat orang ramai; dan
  • Memberi peluang kepada orang ramai tanpa mengira kaum atau agama untuk mengambil bahagian dalam usaha murni untuk menyumbang kepada masyarakat.