Laman Utama / Soalan Lazim


  1. WAKAF
  2. +
    Secara amnya, wakaf boleh dibandingkan dengan pemberian, amanah atau yayasan kecuali ianya perlu mematuhi peraturan perundangan Islam, sebagai contoh:

    • Wakaf adalah berkekalan;
    • Terdapat keadaan terhad untuk pengembalian aset wakaf; dan
    • Kegiatan wakaf mestilah mematuhi Syariah.

    Pendek kata, wakaf adalah satu inisiatif pemberian aset yang diuruskan selaras dengan Syariah dan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi Islam.

    Ia memainkan peranan dalam membangunkan masyarakat dengan membantu mereka yang memerlukan, mendirikan masjid dan institusi kebajikan masyarakat seperti sekolah, pusat kesihatan dan pusat-pusat untuk mereka yang mempunyai keperluan khas. Satu contoh adalah Universiti Al-Azhar yang merupakan universiti pertama dibiayai oleh wakaf bersama-sama dengan sekolah-sekolah cawangannya di Mesir. 

    Walau bagaimanapun, wakaf buat masa ini tidak memainkan peranan utama dalam pembangunan sosio-ekonomi negara-negara Islam walaupun wakaf dianggap sebagai alat penting dalam pembangunan sosio-ekonomi umat Islam disebabkan amalan semasa wakaf adalah hanya untuk tujuan agama dan amal tanpa memberi manfaat kepada negara Islam secara keseluruhan.

    +
    • Al-Quran
    • Bermaksud: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah SWT Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meluputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah : 261)
      Bermaksud: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sehahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan suatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah SWT mengetahuinya.(Surah Ali ‘Imran : 92)

    • Hadith Nabawiyah
    • Dari Abu Hurairah RA., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
      “Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya”.(Hadith Riwayat Muslim)

  3. PERBEZAAN ANTARA WAKAF SAHAM DENGAN SAHAM WAKAF
  4. +
    • Wakaf Saham:
    • Mewakafkan saham-saham syarikat perniagaan melalui tawaran belian atau saham-saham yang telah sedia ada.

    • Saham Waqaf:
    • Mewujudkan satu wakaf musytarak (perkongsian) melalui saham-saham dengan syarat wakaf dan kemudian diwakafkan.

  5. WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL
  6. +
    1. Penaikan taraf dan membaik pulih Larkin Sentral:

      • Penaikan taraf dan pengubahsuaian pasar basah
      • Penaikan taraf dan membaik pulih terminal pengangkutan
      • Pembaikan pulih bazar dan pembesaran lot-lot kedai
      • Yuran juru perunding berhubung dengan penaikan taraf dan membaik pulih Larkin Sentral
    2. Bayaran bagi pembelian Tanah

    3. Pembangunan sebahagian daripada tempat letak kereta tujuh (7)-tingkat atas Tanah tersebut;

    4. Membiayai anggaran yuran dan perbelanjaan berhubung dengan Penawaran kami

    +

    Kelulusan bagi mewujudkan WSLS telah diperolehi daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) bertarikh 10 Disember 2015.

    +

    Yuran/caj urus niaga kepada pelanggan-pelanggan


    Cara bayaran

    Caj kepada pelanggan-pelanggan (setiap langganan)

    Jumlah perlu dibayar oleh pelanggan-pelanggan (1)

     

    (RM)

    (RM)

    Borang langganan akan disertakan dengan sama ada yang berikut:

     

     

    (i)    Dokumen kiriman wang

     

     

    • draf jurubank atau perintah juruwang

    2.65

    102.65

    • kiriman wang atau wang pos

    2.00

    102.00

    • CDM Malayan Banking Berhad(2)

    Tiada yuran

    100.00

    • JomPAY(2)

    Tiada yuran

    100.00

    (ii)    Potongan gaji

    • Kumpulan JCorp
    • Angkasa


    Tiada yuran

    1.06(3)

     

     

    100.00

    101.06


    Langganan saham internet:

     

     

    • Maybank2u(2)

    (www.maybank2u.com.my)

    Tiada yuran

    100.00


    Nota-nota:
    1. Mengandaikan langganan minimum sebanyak RM100.
    2. Mana-mana yuran urus niaga akan ditanggung oleh Larkin Sentral Property.
    3. Caj sebanyak 1% bersama GST atas langganan minimum sebanyak RM100 dibayar oleh pelanggan-pelanggan.
    +

    Di Larkin Sentral untuk menaik taraf bangunan dan kemudahan kepada orang awam.

    +

    Tidak perlu.

    +

    18 tahun ke atas.

  7. KAEDAH MELANGGAN WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL
  8. +
    • Maybank (Maybank2u, Mesin Pendeposit Tunai, Kaunter)
    • JomPAY (Perbankan internet, Mesin pengeluar wang automatik)
    • Potongan gaji (Ahli Angkasa)
    • Bank deraf atau perintah juruwang
    • Kiriman wang atau wang pos
    +

    Had minima bagi melanggan waqaf saham Larkin Sentral mestilah sekurang-kurangya RM100 untuk 1,000 Saham Terbitan dan gandaan 100 Saham Terbitan selepas itu.

    +
    • Waqaf An-Nur: Waqaf An-Nur Corporation, Level 10, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Malaysia
    • Menara JCorp: Suite 11 Level 11, Menara JCorp, No 249, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia
    • Larkin Sentral Property: 5C-90, Tingkat Satu, Larkin Sentral, No. 5 Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Malaysia.
    • Cawangan-cawangan Maybank terpilih
    +

    Boleh. Melalui laman web Maybank2u.

    +

    Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar menggunakan salah satu (1) daripada cara-cara berikut: 
    MESTILAH dikemukakan menggunakan salah satu daripada cara berikut :

    • dihantar melalui POS BIASA dalam sampul rasmi yang disediakan ke alamat berikut:
    • Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (258345-X) Aras 6, Symphony House
      Pusat Dagangan Dana 1
      Jalan PJU 1A/46
      47301 Petaling Jaya
      Selangor Darul Ehsan

      ATAU

      Peti Surat 8269
      Pejabat Pos Kelana Jaya
      46785 Petaling Jaya
      Selangor Darul Ehsan

    • DIHANTAR SENDIRI DAN DIMASUKKAN ke dalam kotak-kotak masuk yang disediakan di bahagian depan Symphony House, Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU 1A/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
    • BAGI AHLI-AHLI ANGKASA DIHANTAR ke WANCorp di alamat berikut: Aras 10, Menara KOMTAR, Pusat Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.
    +

    Maybank.

    +

    Resit tersebut boleh diperolehi di laman web Waqaf Saham Larkin Sentral sebulan selepas melanggan saham.

  9. MANFAAT MELANGGAN WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL
  10. +

    Wakaf adalah satu bentuk transaksi harta yang dapat memberi faedah dan manfaat bukan saja kepada diri pewakaf, malah penerimanya, masyarakat Islam keseluruhan. Dalam hubungan ini, pewakaf memperoleh pahala ‘sedekah jariah’, penerimanya dan masyarakat dapat menikmati manfaat harta yang diwakafkan selain ia mengurangkan tanggungan Kerajaan dalam menyediakan bantuan serta kemudahan untuk masyarakat.

    +

    Ya, Pewakaf Waqaf Saham Larkin Sentral layak untuk mendapat potongan cukai iaitu 7% bagi individu dan 10% bagi syarikat daripada pendapatan agregat.

    +

    Agihan manfaat Waqaf Saham Larkin Sentral akan diagihkan sebagaimana berikut:

    • 90% manfaat akan kembali kepada Larkin Sentral untuk pelaburan semula dan kebajikan
    • 10% Majlis Agama Islam Johor untuk diagihkan kepada kebajikan am meliputi pendidikan, keusahawanan dan Kesihatan
    +

    Dividen yang diterima oleh WANCorp daripada Saham yang diwakafkan oleh pihak awam dan institusi akan digunakan bagi tujuan amal berikut:

    1. Untuk mengenakan kadar sewa yang munasabah (dengan cara merendahkan kadar sewa sehingga 10% daripada kadar sewa pasaran biasa) bagi penyewa-penyewa terpilih Larkin Sentral (tidak termasuk penyewa-penyewa dengan perniagaan yang mantap), tertakluk kepada rekod prestasi bayaran sewa tepat pada masa; dan
    2. mengenakan kadar sewa minimum untuk lot-lot kedai kecil yang diwujudkan dalam Larkin Sentral bagi ibu tunggal dan kumpulan berpendapatan rendah (yang mungkin mengenakan caj lebih kurang separuh daripada kadar pasaran setiap k.p.s.).
    +

    11 bulan dari tarikh Prospektus

    +

    Anda tidak boleh menarik balik langganan anda sebaik sahaja anda telah melanggan bagi Saham Terbitan.

    Apa-apa langganan berjumlah kurang daripada RM100 atau RM100 ke atas tetapi bukan gandaan RM10 dan/atau dalam sen akan dianggap sebagai langganan ganjil manakala apa-apa jumlah langganan yang melebihi perolehan yang disasarkan sebanyak RM85.0 juta akan dianggap sebagai lebihan langganan. Memandangkan kami tidak akan memulangkan langganan ganjil atau lebihan langganan kepada anda, WANCorp akan menyumbang mana-mana jumlah langganan ganjil atau lebihan langganan kepada Klinik Waqaf An-Nur dalam bentuk tunai sebagai Sedekah untuk tujuan amal. WANCorp akan memaklumkan anda melalui khidmat pesanan ringkas atau emel sekiranya kami menyumbang jumlah langganan tersebut kepada Klinik Waqaf An-Nur.